Friday, 9 May 2014

Perkembangan Bayi Mengikut Bulan



Perkembangan bayi sangat penting untuk mommy & daddy. Ramai orang berasa risau kalau baby tak capai perkembangan yang sepatutnya. Refer kat pengalaman saya yang tak seberapa ni, baby saya berkembang mengikut jadual.. tak cepat dan tak lambat. Alhamdulillah... Jangan lupa dapatkan nasihat doktor pakar ye kalau baby tak ikut perkembangan yang sepatutnya.

Mari kita baca ringkasan pasal perkembangan seperti kat bawah ni:

Lingkungan 3 bulan 
  • Senyum kat orang
  • Mengangkat kepala
  • Menggumam dengan bersuara-suara
  • Melihat tangannya dengan penuh minat

Lingkungan 6 bulan 
  • Menegakkan kepalanya
  • Mampu duduk dengan sokongan
  • Mula meniarap
  • Memindahkan mainan dari tangan ke tangan yang lain
  • Berceloteh

Lingkungan 9 bulan
  • Cuba untuk berdiri
  • Merangkak
  • Melambai-lambaikan tangan
  • Mampu duduk tanpa sokongan

Lingkungan 12 bulan
  • Mula berjalan dengan sokongan atau berjalan sendiri
  • Bercakap sepatah dua kata
  • Mula mengambil/mengutip objek menggunakan ibu jari dan jari telunjuk
  • Menunjuk ke arah objek

Lingkungan 18 bulan
  • Berjalan dengan baik, mungkin sudah berlari
  • Mengetahui beberapa ayat
  • Menconteng/menulis dengan pen
  • Pandai melihat buku bergambar

Lingkungan 2 tahun
  • Meniru kerja-kerja harian kita
  • Mengenali bahagian-bahagian tubuh badan
  • Bercakap beberapa ungkapan
  • Berlari, melontar bola, mungkin melompat
  • Boleh menanggalkan baju sendiri

Lingkungan 3 tahun
  • Boleh menunggang basikal
  • Membuka dan menutup balang
  • Bercakap beberapa ayat
  • Bermain dengan kanak-kanak yang lain

Monday, 5 May 2014

Batuk & Kahak Pada Bayi


Salah satu penyakit anak yang merisaukan ialah batuk, lagi-lagi kalau ada kahak. Sejak lahir, baby saya dah 2 kali ditahan wad sebab bronkitis iaitu pada umur 1 bulan dan 4 bulan. Sejak saya tukarkan susunya kepada susu kambing formula, alhamdulillah dah takde jangkitan. Susu lembu menyebabkan banyak lendir terkumpul. (saya tak dapat menyusu badan sebab masalah kesihatan). 

bronkitis ialah penyakit berkaitan pneunomia iaitu jangkitan kuman di paru-paru

Di hospital, doktor akan bagi beberapa ubat untuk baby. Tapi pastikan anak bawah setahun tak diberikan ANTIBIOTIK ye sebab bahaya. Biasanya doktor akan beri rawatan Nebulizer. Tujuannya untuk meregangkan paru-paru bagi cairkan kahak. 

Kali pertama suci ditahan wad, hospital tu ada buat teknik tepukan percussion untuk sedut kahak. Sampai menangis2 dibuatnya. Dekat seminggu duduk hospital. 

Kali kedua masuk ke hospital lain, teknik ni tak dipratikkan tapi doktor bagi ubat yang bagus untuk clear-kan kahak di dalam paru-paru baby secara natural. So, kat sini saya nak share ubat yang bagus untuk mengubati batuk dan kahak bayi sekaligus mencegah jangkitan.


respironics digunakan untuk flixotide & ventolin evohaler bagi menggantikan nebulizer
(penggunaannya hanya berkesan jika mengikut dos yang doktor sarankan)

saya akan beri rhinathiol jika TIDAK menggunakan respironics
(untuk cairkan kahak)

singular untuk clear-kan paru2 dan mencegah dari dijangkiti semula
(satu sachet setiap hari)

Anak-anak akan mudah dijangkiti jika ibubapa atau ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit resdung dan asma. Pengambilan susu lembu pula akan menambahkan lagi pembentukan lendir/mukus dikerongkong anak-anak. Kalau ada rezeki, susuilah bayi dengan susu ibu. Jika tidak, susu kambing formula juga bagus untuk bayi.

Akhir sekali, jangan lupa taw beri vaksin pneumococal untuk anda bermula 4 bulan ke atas. Info lanjut mengenai suntikan vaksin untuk anak, boleh klik disini.

Friday, 2 May 2014

Orang Kita Tak Bertimbangrasa?




Entri kali ni nak bincang sikit pasal sikap segelintir orang kita yang tak bertimbangrasa. ish ish ish lain macam je bunyinya. huhu. haaa jom kita terjah dan kita komen sikit untuk renungan bersama.

Kat shopping complex:

Tak beri laluan kepada wanita mengandung. Kalau boleh, nak sodok je mak buyong tu dengan troli. iskhh tak gentle langsung. Apa salahnya kalau berhenti jap beri laluan atau tolong bukakan pintu ke kan..bukan ambil masa sampai seminit pun.

Nak sumbat masuk juga ke dalam lif walaupun tak bawa troli / stroller. Lif dah bunyi alarm pun boleh buat tak tahu je. iskhh apa salahnya guna eskalator. Korang tahu tak bahawa stroller tu tak dibenarkan di eskalator?

Kat tempat awam lain:

Suka tak cakap 'tumpang lalu' atau 'excuse me' kalau nak lalu celah orang atau semasa nak keluar lif. Main sondol je. Mungkin dia rasa orang lain boleh dengar apa yang dia fikir kot. huishh..nujum pak belalang ni! hihi.. Apa salahnya kalau cakap, jangan malu tak bertempat taw. 

Isu yang ni popular sesangat. Buat tak tahu je dan tak bagi tempat duduk kepada wanita mengandung, orang tua dan orang sedang dukung anak dalam lrt, bas dan yang sewaktu dengannya. Cuba bayangkan kalau orang lain buat camtu kat bini, mak, anak atau wanita yang rapat dengan kita?

Kat jalanraya:

Saja je lajukan kereta bila nampak orang nak melintas. Cubalah berfikir guna otak sikit...yang melintas tu orang, bukan biawak. Kalau terlanggar karang, korang jugak yang menangis dalam lokap.

Saja lajukan kereta bila nampak ada kereta lain nak keluar simpang. Tak luak pun masa korang kalau bagi kereta tu jalan dulu.

Ini kepada sesetengah lelaki ye, bukan semua ye. Suka membuli pemandu wanita seperti tak bagi peluang untuk jalan atau 'cucuk2' belakang kereta. Tak patut taw wat camtu sebab bayangkan kalau wanita tu bini, mak, anak atau wanita yang rapat dengan kita?

Rasa-rasanya ini ajelah yang dapat saya kongsikan. 'Budi bahasa budaya kita' tu slogan yang popular kat negara ni, tapi yang peliknya orang kita sebaliknya. Kebanyakan kita hanya berbudi bahasa kepada foreigner sahaja tetapi bersikap tak bertimbang rasa kepada orang sendiri. Slogan tu mungkin bukan 'kenyataan' tetapi boleh dijadikan 'nasihat'.

Kepada semua, cubalah didik diri jadi orang yang bertimbang rasa dan berhati perut. Ingat, apa yang kita buat kepada orang lain, tuhan akan membalasnya suatu hari nanti seperti perumpamaan di bawah.

"what u give u get back"

"what turns around comes around"

Sama-sama kita renungkan ;-)

Friday, 25 April 2014

Makanan Semasa Berpantang **boleh dan tak boleh**


sup ikan haruan

Masa berpantang ni, memang banyak makanan yang tak boleh dimakan. Kata orang tua-tua, kalau sayangkan badan tu dan nak guna lama, jagalah pantang ye. cenggitu ler kekdahnya...

Kepada ibu yang menyusukan baby pula, kemungkinan besar terdapat beberapa makanan dan minuman yang kena pantang selama mana baby menyusu kerana dikhuatiri perut baby kembung ataupun gatal. Harap-harap info di bawah ni dapat dikongsi bersama ibu yang sedang berpantang. 

Berikut merupakan makanan dan minuman YANG BOLEH DIMAKAN semasa pantang :

Ayam & Daging
burung puyuh, burung merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam selasih, ayam kampung, daging batang pinang.

Ikan
haruan (sembuhkan luka), ikan yu (banyakkan susu ibu), ikan selar, ikan gelama, ikan jenahak, ikan merah, ikan tenggiri, ikan kurau, ikan bawal putih, ikan senangin, ikan bilis.

Ulam-ulaman
halia, serai, lengkuas, pucuk pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, lempuyang,
jantung pisang rebus (banyakkan susu ibu), daun atau ubi cekur, kunyit hidup (mengembalikan kecergasan dan menyembuhkan luka dalaman), daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun kesum, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas, daun ruku.

Sayur-sayuran
ubi kentang, peria (banyakkan susu, mudahkan buang air besar, bantu membersih & melancarkan peredaran darah), sawi, lobak merah, lobak putih (banyakkan susu)

Buah-buahan
anggur, kurma, oren sunkist (mencantikkan kulit dan luka jahitan), epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan cina

Lain-lain makanan
biskut, roti, nestum, quaker oat, cornflakes, masakan panggang, masakan rebus, masakan kukus, masakan bakar, masakan salai, asam jawa (memudahkan buang air besar dan menyegarkan badan), asam keping

Air
air suam, pati kunyit (kecutkan rahim dan cuci darah), jus pegaga (bersihkan darah), air halia, air kopi, air manjakani (mengering dan mengetatkan pangkal rahim), jus halia kurma (membuang angin dan menambah tenaga), air madu (panaskan badan)

Ini pula merupakan makanan dan minuman YANG TAK BOLEH DIMAKAN semasa pantang :

Ayam & Daging
ayam biasa (dikhuatiri gatal).

Ikan
ikan kering, ikan masin, ikan keli, ikan bawal hitam, ikan terubuk, ikan duri, ikan pari, ikan sembilang, ikan parang, ikan kembung, ikan tamban, ikan cencaru, ikan tongkol, makanan laut (udang,sotong,kerang).
**ikan berbisa jika dimakan oleh ibu berpantang boleh sebabkan turun darah & bentan** 

Sayur-sayuran
ubi kayu, ubi keladi, kangkung, petola, terung, cili, timun, tomato, brokoli, kobis, sederi, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, kacang botol, labu, rebung, jeruk maman, petai, jering.

Buah-buahan
nenas, limau, buah lai, tembikai susu, tembikai merah, tembikai cina, epal hijau, kiwi, buah pear, pisang, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, nangka, cempedak, sengkuang, manggis, macang, kuini, binjai.
**boleh mengakibatkan sakit tulang, sejuk otot serta lemah sendi**

Lain-lain makanan
tempe, burger, nugget, sosej, bihun, mee, kue teow, laksa, telur, masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang.

Air
air berais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda, air jus buah-buahan yang dilarang.

rheumatoid arthritis yang dikaitkan dengan sakit tulang, otot dan sendi

Betapa pentingnya menjaga makan masa pantang. Alaaa...tak lama pun. 40 hari jer. Yang penting, ibu hendaklah mendapat makanan yang mencukupi serta berkhasiat bagi mengelakkan berlakunya stress hingga boleh sebabkan meroyan.

Untuk memastikan badan si ibu mendapat nutrien yang secukupnya, maka Shaklee mengesyorkan ibu selepas bersalin mengambil Set bersalin/berpantang seperti di bawah :




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya melalui SMS / Whatsapp kepada 012 2519080 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Thursday, 24 April 2014

Kepentingan Protein


antara makanan sumber protein

Apa itu protein? Protein ialah nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut tidak akan mempunyai strukturnya. Antara peranan protein ialah:

Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak
Membantu mata untuk melihat
Membantu mengecutkan otot dan pembekuan darah
Membolehkan badan menjadi aktif dgnn memudahkan tindak balas kimia melalui enzim
Mengawal proses badan (sesetengah hormom tetapi bukan semuanya adalah protein)
Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan
Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan
Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun 
Membantu memperbanyakkan susu ibu!

Woww! besarnya peranan protein ni. Sebab tu baby pun kena cukup protein. Protein boleh didapati daripada dua sumber iaitu protein haiwan dan protein tumbuhan.

Protein haiwan : susu, telur, daging, ikan, ayam, yogurt, keju
Protein tumbuhan : produk soya (tofu, tempe, tauhu, etc) bijirin, kacang, kekacang (kacang soya, kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang tanah)

Shaklee juga mempunyai suplement protein yang bekualiti tinggi dan juga popular iaitu ESP (Energizing Soy Protein). Semua orang gembira dengan hasil selepas pengambilannya. ESP ialah protein rendah lemak, bukan GMO (organisma tidak diubah suai secara organik) yang lengkap secara biologinya dan mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan. 


Antara khasiat ESP adalah seperti berikut :

Membekalkan tenaga berpanjangan
Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
Penting untuk kanak-kanak dan ibu yang menyusukan anak
Membantu mereka yang hendak pulih dari sakit
Mencegah migrain, insomnia dan tekanan
Pengambilan asid amino yang kerap merupakan tips kekal awet muda; kurang kedutan
Mengandungi isoflavones yang sesuai dengan hormon wanita
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti
Mencegah risiko osteoporosis
Membantu merendahkan kadar kolestrol & mencegah sakit jantung
Genistein membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ESP Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya melalui SMS / Whatsapp kepada 012 2519080 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Wednesday, 23 April 2014

Cara Melegakan Selesema Bayi


Sepanjang 9 bulan ni, banyak kali jugak baby saya kena selesema. Kebanyakannya berjangkit dari orang lain. Saya memang panik dan fobia kalau baby kena selesema, lagi-lagi kalau di sertai dengan batuk. Sebabnya ia selalu dikaitkan dengan bronkitis, meningitis, pneumonia dan yang sewaktu dengannya.

Sejak dari tu, saya telah belajar banyak cara untuk legakan selesema anak ni. Semuanya naturally sebab doc paedi Suci memang tak sarankan penggunaan ubat yang ada drugs. Its dangerous for baby. Setiap kali check up, doc akan bekalkan nasal spray sterimar baby untuk mencegah selesema. Seelok-eloknya spray setiap hari supaya rongga hidung baby tu clear jer. Memang bagus n berkesan. Harganya RM24 sahaja.


sterimar baby

Bila dah spray sterimar ni, memang akan ada hingus yang keluar dan kami akan menggunakan pigeon nasal cleaner untuk sedutnya keluar. Alat ni penting dan berguna untuk baby. Harganya dalam RM16 sahaja. Kalau emergency, kami akan sedut guna mulut je. huhuhu


pigeon nose cleaner

Ada juga beberapa tips lain yang saya praktik untuk legakan selesema baby ni. Saya akan sapukan minyak kelapa dara ke seluruh kepala dia supaya dapat mengeluarkan panas dalam. Pastu saya akan sapukan minyak yuyee kat ibu jari kaki dia setiap kali selepas mandi dan setiap kali dia terjaga tengah malam. So far alhamdulillah..berkesan. 

Walaupun berbagai tips dan petua yang boleh digunakan, tetapi jangan biarkan baby dijangkiti selesema dalam tempoh yang lama. Seelok-eloknya, bawalah anak berjumpa doktor sebab kita tak tahu tahap jangkitan di dalam badan dia.

Tuesday, 22 April 2014

Nak Kurus Dengan Shaklee?


Kuruskan badan secara sihat dengan Shaklee

Hari ni pagi-pagi lagi dah ada sorang awek ni tanya saya pasal Set Kuruskan Badan Shaklee. Katanya nak kurus lagi. Woww hebat betul awek shantekk ni..teeeeee

So kat sini saya nak share pasal set kuruskan badan shaklee ni. Kalau ikutkan asas kepada suplemen nak kurus ni ialah Lecithin + Herblax + Alfalfa. Fungsi Lecithin adalah untuk meyingkirkan lemak. Manakala Herblax dan Alfalfa untuk detox. Tapi kebanyakan orang hanya mengambil Lecithin + Herblax atau Alfalfa sahaja. Herblax ni tak sesuai untuk ibu menyusu.

Ada juga yang mengambil ESP + Alfalfa untuk kurus. Bila minum ESP, kita akan berasa agak kenyang dan sesuai diminum sebelum dinner. Hidangan dinner cukup sekadar biskut ataupun roti sahaja. Jimat dan sihat. 

Apa yang anda perlu tahu, penurunan berat badan adalah tidak secara drastik. Penurunan secara drastik boleh menyebabkan kenaikan semula berat badan secara tidak terkawal. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 2 hingga 3 liter sehari juga amat penting bagi memastikan suplemen yang diambil berkesan kepada tubuh badan.




So, pilihan terletak di atas tangan masing-masing. Untuk maklumat lanjut, boleh SMS / Whatsapp saya di 012-251 9080. Saya akan berusaha menjawab segala pertanyaan anda dan juga menawarkan harga yang sangat berpatutan.