Friday 18 April 2014

Suntikan Vaksin Untuk Anak



Meh kita share pasal imunisasi untuk anak. Motif imunisasi ni sebenarnya untuk membantu mencegah kebanyakan penyakit kritikal dan sekaligus untuk melindungi kanak-kanak.

Dalam negara kita ni, sebanyak 95% kanak-kanak disuntik dengan vaksin n hampir mustahil untuk dijangkiti virus ni. Tapi penyakit-penyakit ni dah mula tersebar tanpa disedari sejak pendatang asing semakin ramai dari sehari ke sehari.

Adalah satu yang membimbangkan kalau tak memberikan vaksin kepada anak sebab ia bukan shj bahaya untuk bayi tapi boleh mewujudkan kelompok-kelompok yang akan menjadi punca epidemik bagi jangkitan penyakit-penyakit tu...haaa..cam ngeri jer..cam ngeri jer

Apa tu vaksin? Vaksin mengandungi antigen, samada terdiri dari virus hidup, virus yang dilemahkan, virus atau bakteria yang tak lagi aktif akan menghasilkan antibodi melawan penyakit.

Yang ni penting ye..sangat penting..Untuk mengelakkan sesuatu yang tak diingini berlaku, sila pastikan anak-anak disuntik oleh doktor pakar kanak-kanak ye..bukannya disuntik oleh nurse atau doktor bukan pakar.

Haa..dah banyak membebel, jom kita share info pasal vaksin-vaksin nih:
  • BCG melindungi anak untuk melawan Tuberculosis (TB). Ia diberikan sejurus selepas lahir.
  • Hepatitis B sering terjadi di Asia, dan jangkitannya mungkin menyebabkan masalah hati seperti cirrhosis dan kanser.
  • DTP iaitu Diphtheria, Tetanus dan Pertussis (batuk kokol). Penyakit ini biasa berlaku dan ramai kanak-kanak mati disebabkannya.
  • Poliomyelitis menyebabkan kelumpuhan otot. Vaksin boleh diberikan samada melalui suntikan atau mulut.
  • Hib atau Haemophilus influenza type b, adalah bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kritikal di kalangan kanak-kanak, terutamanya meningitis, radang paru-paru (pneumonia) dan telinga (otitis media).
  • Measles (campak) adalah jangkitan serius yang boleh menyebabkan pneumonia dan kerosakan otak.
  • Mumps (beguk) boleh menyebabkan pembengkakan saluran air liur, nada suara dan kemandulan.
  • Rubella semasa mengandung boleh menyebabkan kerosakan serius kepada janin.
  • Pneumoccocal melindungi daripada bakteria Pneumoccocus yang boleh menyebabkan penyakit serius pada kanak-kanak, terutamanya meningitis, pneumonia dan telinga (otitis media). 
  • Rotavirus/Rotarix melindungi daripada kuman Rotavirus yang menyebabkan cirit-birit yang serius dan mengancam nyawa.
  • Influenza merupakan virus yang boleh menyebabkan simptom selesema yang serius sehingga menyebabkan pneumonia dan kematian. 
  • HPV atau Human Papillomavirus merupakan vaksin yang disarankan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita dari umur 9 hingga 26 tahun bagi mencegah kanser servik yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16 dan 18.

Pastu jom kita share pulak jadual imunisasi ni:

Umur
Vaksin
Kelahiran
BCG
1st Hepatitis B
1 Bulan
2nd Hepatitis B
2 – 3 Bulan
1st DTP & Polio & Hib
3 – 4 Bulan
2nd DTP & Polio & Hib
4 – 5 Bulan
3rd DTP & Polio & Hib
5 – 6 Bulan
3rd Hepatitis B
12 Bulan
Measles, Mumps, Rubella
15 Bulan
Chickenpox / Demam Campak (Pilihan)
18 – 24 Bulan
DTP & Polio & Hib booster
2 Tahun
1st Hepatitis A (Optional)
2 ½ - 3 Tahun
2nd Hepatitis A
6 - 7 Tahun
DTP & Polio booster
MMR booster
BCG (jika parut tidak kelihatan)
15 – 16 Tahun
(dan setiap 10 tahun berikutnya)
DTP booster
Vaksin Pilihan
2 Bulan hingga 9 Tahun
Pneumoccocal
2 – 6 Bulan
Rotavirus
6 Bulan ke atas
Influenza
9 Tahun ke atas
HPV
*Sumber : Buku rekod kesihatan SDMC

Uolls boleh visit blog Dr. Zubaidi untuk tahu maklumat lanjut pasal kajian n jaminan imunisasi dan vaksin ni.

No comments:

Post a Comment