Bulan lepas, baby Suci saya yang baru nak masuk 8 bulan tu kena jangkitan fungal di dalam mulut. Saya perasan bila dia mula demam, susah nak makan n minum. Then, saya tengok ada mende putih kat lelangit dia bila dia nangis..aduiyaii..sakit tuuu....patut le 2 minggu kebelakangan ni dia selalu buat muka macam 'pedih' n gosok-gosok muka bila saya suapkan makanan ke dalam mulut dia..Kesian anak mommy T__T
senyum walopun demam + thrush + batuk |
Memang kesian sesangat. Setiapkali nak minum susu je, mesti batuk-batuk n nangis sekaligus. Kesian kesian kesian...
Bila doc check, ada fungal dalam mulut dia kat area pipi, bibir n lelangit. Fungal ni juga dikenali Oral Thrush. Doc bagi ubat cair kahak utk batuk + gel untuk sapu kat fungal. Yg bestnya, saya dapat tips baru. Doc suruh salutkan gel tu kat pacifier dia n sumbat masuk mulut..haaa...best best best..mmg berkesan...rasa gel tu pun sedap mcm rasa kulit limau..nyum nyum..So sekarang ni, tak sampai pun seminggu, fungal dia dah elok. Tapi batuk ada sikit lagi n sekarang still observe dia untuk sembuh.
Banyak sebab fungal ni boleh terjadi. Satu sebabnya ialah belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri...haa..hormon ye puan-puan. Ibu yang sedang breastfeed dinasihatkan berhati-hati dengan antibiotik atau ubatan herba yang boleh dipindahkan melalui susu ibu.
Kat bawah ni ada beberapa tips daripada blog Dr. Zubaidi yang mudah diamalkan untuk mencegah jangkitan fungal ini. Meh kita baca meh..
1. memberikan air masak selepas menyusukan bayi. ini akan menanggalkan saki baki susu yang mungkin tertinggal di ruang mulut. saki baki ini akan memudahkan jangkitan fungal.
2. jika menyusukan anak secara breastfeeding, pastikan puting ibu dibersihkan dulu. puting yang lembab di dalam bra selalunya menyebabkan jangkitan fungal.
3. bersihkan puting botol susu dan pacifier di dalam air mendidih sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. dengan cara ini, jika ada kuman pada puting, bayi tidak terus menerus dijangkiti.
4. jika puting payudara merekah, jangan sapukan krim antibiotik tanpa nasihat doktor. bayi anda mungkin akan menyusu pada payudara tersebut tanpa disengajakan.
5. jika bayi sakit, pastikan antibiotik yang diberikan mengikut nasihat doktor. penggunaan antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan ini.
6. jika anda sendiri sakit dan breastfeeding, pastikan anda memberitahu doktor. ada sesetengah antibiotik boleh sampai ke bayi melalui susu ibu.
7. jika tidak pasti samaada anak anda mengalami jangkitan fungal atau hanya keputihan yang disebabkan oleh saki baki susu yang tertinggal, bawalah berjumpa doktor. jangan terus membeli ubat dari farmasi kerana kebanyakan yang menjaga kaunter farmasi hanyalah 'pembantu kedai' yang tiada pengetahuan perubatan.