Friday, 11 April 2014

Kepentingan Vitamin C



Vitamin C atau Asid Arkobik sangat bermanfaat pada kesihatan tubuh badan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Betulkah begitu?

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak 5 kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan hidup masa kini menyebabkan Vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. 

Dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji buah oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet. Terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para sains telah menunjukkan Vitamin C pada dos yang lebih tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan.

Manfaat dan kebaikan Vitamin C :-

Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen amat penting dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Sebab itulah pengamalnya akan mendapati kulit lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C mempercepatkan penyembuhan luka bersalin

Menjaga saluran darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah penghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil Vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Membantu detoksifikasi (penyahtoksikan). Vitamin C berupaya mencamtumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan Vitamin C sebagai kawan baik kerana ianya dapat membersihkan darah dan mengelakkan kerosakan buah pinggang yang teruk.

Berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormon fungi imun). Menurut kajian, semakin kita stres, semakin banyak Vitamin C diperlukan. Stres boleh memusnahkan Vitamin C dan kekurangan Vitamin C menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Mencegah penyakit skurvi. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut, luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan Vitamin C.

Jelas sekali Vitamin C umpama gam yang melekatkan sel-sel dan kemudian menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit disarankan mengambil Vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


Vitamin C Shaklee

1 comment: