Monday, 31 March 2014

Mengapa SHAKLEE?



1) Berasaskan sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet tiruan, pemanis, pewarna dan perisa.

2) Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.

3) Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.

4) Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.

5) Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain.

6) Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka.

7) Produk Shaklee di Malaysia disahkan HALAL oleh ISA-Islamic Services of America iaitu badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sijil Halal Shaklee 2014

Suplemen Dan Penyusuan Bayi



Seandainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara memperbanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat serta secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan ibu perlulah difahami terlebih dahulu iaitu

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN

Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten.

1) Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

2) Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan dirinya mengambil makanan seimbang dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

3) Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadikannya amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukan Suplemen?




1) Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2) Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4) Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafien, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5) Makanan seharian tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6) Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

7) Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbag kadangkala tidak dititikberatkan.

Friday, 28 March 2014

Hye hye hye =)


First of all, ini kali pertama sye mule tulis blog ni. Salah satu hobi sye adelah suke membace blog orang n suke follow blog orang jgk =). Sye suke membace n internet dah buat saye kurang membaca buku..heehee..(rajin ke bace buku sblm new..uhuk)

Dalam blog ni sye nak berkongsi tentang khasiat produk-produk shaklee dan tak lupe jge kebaikan produk-produk lain dalam blog sye ni. sye nak citer kat semua, apa sebabnye sye suke produk shaklee...Ceritanye, pada suatu hari...hari jumaat klu xsilap..huuu...sye pegi berurut kat sorang bidan ni...sye ni deliver baby secare czer..so, bidan tu kata, dah 6bulan barulah sye boleh urut semue temasuk sengkak menyengkak rahim sye ni..(adoiiii...xsanggup nk bayangkan pengalaman disengkak tersebut...rase cam masuk labor room blk semule...waaaaaaa). Saye ni mmg x ambil apa-apa jamu ataupun set bersalin..Sebab tulah urat-urat kat bdn sye dikategorikan byk jgklah yg dah lari-lari (kejor jgn x kejor)..Borak punye borak ngan bidan tu, pastu die bgitaw sye cmni "Sepanjang akak urut org pas bersalin ni, akak mmg perasan klu orang yg amik produk/set shaklee, urat-urat die mmg x lari..cantekkk je badan n uratnye..Shaklee ni mmg dh lame tapi dah banyak pembaikan n upgrade yg dorg buat.."

Haa...camtulah citer akak tu n teros mmbuatkan haku terpikir utk amik produk shaklee. So, sye pn google2 n skrg ni sye dah start ambil produk shaklee. Yang bestnye, berat bdn saye dh turun skit =) yeayy!!

So skrg sye nak mule memblogging..Harap suke lah bace yew =) daaaaaa