Friday, 25 April 2014

Makanan Semasa Berpantang **boleh dan tak boleh**


sup ikan haruan

Masa berpantang ni, memang banyak makanan yang tak boleh dimakan. Kata orang tua-tua, kalau sayangkan badan tu dan nak guna lama, jagalah pantang ye. cenggitu ler kekdahnya...

Kepada ibu yang menyusukan baby pula, kemungkinan besar terdapat beberapa makanan dan minuman yang kena pantang selama mana baby menyusu kerana dikhuatiri perut baby kembung ataupun gatal. Harap-harap info di bawah ni dapat dikongsi bersama ibu yang sedang berpantang. 

Berikut merupakan makanan dan minuman YANG BOLEH DIMAKAN semasa pantang :

Ayam & Daging
burung puyuh, burung merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam selasih, ayam kampung, daging batang pinang.

Ikan
haruan (sembuhkan luka), ikan yu (banyakkan susu ibu), ikan selar, ikan gelama, ikan jenahak, ikan merah, ikan tenggiri, ikan kurau, ikan bawal putih, ikan senangin, ikan bilis.

Ulam-ulaman
halia, serai, lengkuas, pucuk pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, lempuyang,
jantung pisang rebus (banyakkan susu ibu), daun atau ubi cekur, kunyit hidup (mengembalikan kecergasan dan menyembuhkan luka dalaman), daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun kesum, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas, daun ruku.

Sayur-sayuran
ubi kentang, peria (banyakkan susu, mudahkan buang air besar, bantu membersih & melancarkan peredaran darah), sawi, lobak merah, lobak putih (banyakkan susu)

Buah-buahan
anggur, kurma, oren sunkist (mencantikkan kulit dan luka jahitan), epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan cina

Lain-lain makanan
biskut, roti, nestum, quaker oat, cornflakes, masakan panggang, masakan rebus, masakan kukus, masakan bakar, masakan salai, asam jawa (memudahkan buang air besar dan menyegarkan badan), asam keping

Air
air suam, pati kunyit (kecutkan rahim dan cuci darah), jus pegaga (bersihkan darah), air halia, air kopi, air manjakani (mengering dan mengetatkan pangkal rahim), jus halia kurma (membuang angin dan menambah tenaga), air madu (panaskan badan)

Ini pula merupakan makanan dan minuman YANG TAK BOLEH DIMAKAN semasa pantang :

Ayam & Daging
ayam biasa (dikhuatiri gatal).

Ikan
ikan kering, ikan masin, ikan keli, ikan bawal hitam, ikan terubuk, ikan duri, ikan pari, ikan sembilang, ikan parang, ikan kembung, ikan tamban, ikan cencaru, ikan tongkol, makanan laut (udang,sotong,kerang).
**ikan berbisa jika dimakan oleh ibu berpantang boleh sebabkan turun darah & bentan** 

Sayur-sayuran
ubi kayu, ubi keladi, kangkung, petola, terung, cili, timun, tomato, brokoli, kobis, sederi, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, kacang botol, labu, rebung, jeruk maman, petai, jering.

Buah-buahan
nenas, limau, buah lai, tembikai susu, tembikai merah, tembikai cina, epal hijau, kiwi, buah pear, pisang, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, nangka, cempedak, sengkuang, manggis, macang, kuini, binjai.
**boleh mengakibatkan sakit tulang, sejuk otot serta lemah sendi**

Lain-lain makanan
tempe, burger, nugget, sosej, bihun, mee, kue teow, laksa, telur, masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang.

Air
air berais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda, air jus buah-buahan yang dilarang.

rheumatoid arthritis yang dikaitkan dengan sakit tulang, otot dan sendi

Betapa pentingnya menjaga makan masa pantang. Alaaa...tak lama pun. 40 hari jer. Yang penting, ibu hendaklah mendapat makanan yang mencukupi serta berkhasiat bagi mengelakkan berlakunya stress hingga boleh sebabkan meroyan.

Untuk memastikan badan si ibu mendapat nutrien yang secukupnya, maka Shaklee mengesyorkan ibu selepas bersalin mengambil Set bersalin/berpantang seperti di bawah :




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya melalui SMS / Whatsapp kepada 012 2519080 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Thursday, 24 April 2014

Kepentingan Protein


antara makanan sumber protein

Apa itu protein? Protein ialah nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut tidak akan mempunyai strukturnya. Antara peranan protein ialah:

Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak
Membantu mata untuk melihat
Membantu mengecutkan otot dan pembekuan darah
Membolehkan badan menjadi aktif dgnn memudahkan tindak balas kimia melalui enzim
Mengawal proses badan (sesetengah hormom tetapi bukan semuanya adalah protein)
Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan
Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan
Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun 
Membantu memperbanyakkan susu ibu!

Woww! besarnya peranan protein ni. Sebab tu baby pun kena cukup protein. Protein boleh didapati daripada dua sumber iaitu protein haiwan dan protein tumbuhan.

Protein haiwan : susu, telur, daging, ikan, ayam, yogurt, keju
Protein tumbuhan : produk soya (tofu, tempe, tauhu, etc) bijirin, kacang, kekacang (kacang soya, kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang tanah)

Shaklee juga mempunyai suplement protein yang bekualiti tinggi dan juga popular iaitu ESP (Energizing Soy Protein). Semua orang gembira dengan hasil selepas pengambilannya. ESP ialah protein rendah lemak, bukan GMO (organisma tidak diubah suai secara organik) yang lengkap secara biologinya dan mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan. 


Antara khasiat ESP adalah seperti berikut :

Membekalkan tenaga berpanjangan
Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
Penting untuk kanak-kanak dan ibu yang menyusukan anak
Membantu mereka yang hendak pulih dari sakit
Mencegah migrain, insomnia dan tekanan
Pengambilan asid amino yang kerap merupakan tips kekal awet muda; kurang kedutan
Mengandungi isoflavones yang sesuai dengan hormon wanita
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti
Mencegah risiko osteoporosis
Membantu merendahkan kadar kolestrol & mencegah sakit jantung
Genistein membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ESP Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya melalui SMS / Whatsapp kepada 012 2519080 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Wednesday, 23 April 2014

Cara Melegakan Selesema Bayi


Sepanjang 9 bulan ni, banyak kali jugak baby saya kena selesema. Kebanyakannya berjangkit dari orang lain. Saya memang panik dan fobia kalau baby kena selesema, lagi-lagi kalau di sertai dengan batuk. Sebabnya ia selalu dikaitkan dengan bronkitis, meningitis, pneumonia dan yang sewaktu dengannya.

Sejak dari tu, saya telah belajar banyak cara untuk legakan selesema anak ni. Semuanya naturally sebab doc paedi Suci memang tak sarankan penggunaan ubat yang ada drugs. Its dangerous for baby. Setiap kali check up, doc akan bekalkan nasal spray sterimar baby untuk mencegah selesema. Seelok-eloknya spray setiap hari supaya rongga hidung baby tu clear jer. Memang bagus n berkesan. Harganya RM24 sahaja.


sterimar baby

Bila dah spray sterimar ni, memang akan ada hingus yang keluar dan kami akan menggunakan pigeon nasal cleaner untuk sedutnya keluar. Alat ni penting dan berguna untuk baby. Harganya dalam RM16 sahaja. Kalau emergency, kami akan sedut guna mulut je. huhuhu


pigeon nose cleaner

Ada juga beberapa tips lain yang saya praktik untuk legakan selesema baby ni. Saya akan sapukan minyak kelapa dara ke seluruh kepala dia supaya dapat mengeluarkan panas dalam. Pastu saya akan sapukan minyak yuyee kat ibu jari kaki dia setiap kali selepas mandi dan setiap kali dia terjaga tengah malam. So far alhamdulillah..berkesan. 

Walaupun berbagai tips dan petua yang boleh digunakan, tetapi jangan biarkan baby dijangkiti selesema dalam tempoh yang lama. Seelok-eloknya, bawalah anak berjumpa doktor sebab kita tak tahu tahap jangkitan di dalam badan dia.

Tuesday, 22 April 2014

Nak Kurus Dengan Shaklee?


Kuruskan badan secara sihat dengan Shaklee

Hari ni pagi-pagi lagi dah ada sorang awek ni tanya saya pasal Set Kuruskan Badan Shaklee. Katanya nak kurus lagi. Woww hebat betul awek shantekk ni..teeeeee

So kat sini saya nak share pasal set kuruskan badan shaklee ni. Kalau ikutkan asas kepada suplemen nak kurus ni ialah Lecithin + Herblax + Alfalfa. Fungsi Lecithin adalah untuk meyingkirkan lemak. Manakala Herblax dan Alfalfa untuk detox. Tapi kebanyakan orang hanya mengambil Lecithin + Herblax atau Alfalfa sahaja. Herblax ni tak sesuai untuk ibu menyusu.

Ada juga yang mengambil ESP + Alfalfa untuk kurus. Bila minum ESP, kita akan berasa agak kenyang dan sesuai diminum sebelum dinner. Hidangan dinner cukup sekadar biskut ataupun roti sahaja. Jimat dan sihat. 

Apa yang anda perlu tahu, penurunan berat badan adalah tidak secara drastik. Penurunan secara drastik boleh menyebabkan kenaikan semula berat badan secara tidak terkawal. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 2 hingga 3 liter sehari juga amat penting bagi memastikan suplemen yang diambil berkesan kepada tubuh badan.




So, pilihan terletak di atas tangan masing-masing. Untuk maklumat lanjut, boleh SMS / Whatsapp saya di 012-251 9080. Saya akan berusaha menjawab segala pertanyaan anda dan juga menawarkan harga yang sangat berpatutan.

Monday, 21 April 2014

Merangkak Itu Penting Untuk Bayi



First of all, semua ibu bapa perlu tahu bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan yang penting bagi pembangunan fizikal dan intelek anak-anak. Allah telah mengatur sebaik-baiknya perkembangan seorang manusia daripada ia lahir, kemudian belajar berguling, belajar merangkak, duduk dengan sokongan, duduk tanpa sokongan, bertatih, berjalan dan terus berlari.

Dalam al-Quran surah al-infithaar ayat 7-8 Allah berfirman:
"Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang, menurut rupa yang dikehendaki-Nya. Dia menyusun tubuhmu."

Merangkak merupakan satu peringkat yang sangat penting dalam perkembangan motor kasar dan motor halus bayi. Sangat sangat penting. Jom kita share manfaat-manfaat merangkak ni :

  • Menguatkan otot-otot leher, tangan dan kaki.
  • Pergerakan yang berulang-ulang kali akan merangsang neuron dan membenarkan otak mengawal bahagian kognitif di mana ianya sangat bagus untuk penumpuan dan memori.
  • Ia akan melatih koordinasi mata seorang bayi itu di mana koordinasi mata sangat penting di masa hadapannya supaya dia mudah membaca dan menulis.
  • Dapat membangunkan penglihatan binokularnya kerana semasa merangkak seorang bayi akan melatih penglihatannya melihat jauh manakah jarak disekelilingnya.
  • Pergerakan kedua-dua kaki semasa merangkak akan menguatkan lagi otak kiri dan otak kanannya.

So, jangan SKIP merangkak! biarkan bayi teroka dunia mereka.

Hokey...apa kata kita kongsi pula pasal sebuah kajian yang telah dijalankan di Amerika. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, 75% daripadanya tak matang sistem STNR - Symmetric Tonic Neck Reflex.

Sistem STNR membantu keupayaan seseorang itu menggerakkan bahagian atas dan bawah badannya. Sistem ini biasanya akan matang di antara usia 9 hingga 12 bulan. Apabila seorang bayi itu dapat mengawal kepala, tangan dan kakinya dengan baik, maka STNR anak tersebut telah matang. STNR akan dapat dicapai dengan baik sekiranya tangan dan kaki bergerak secara bergilir-gilir selama 6 bulan.

Jika STNR tidak dicapai dengan baik maka perkara-perkara berikut akan berlaku kepada anak :

a. Koordinasi mata yang lemah.
b. Kelemahan dalam meniru sesuatu tugas atau kelakuan.
c. Kelemahan dalam meniru atau menulis semula apa yang dilihat di papan tulis apabila sudah masuk ke alam persekolahan.
d. Tidak dapat fokus dengan baik.

Jadi, jika kita mahukan anak kita menjadi manusia yang bijak dan sempurna dari segi mental dan fizikal, tolak semua rasa malas dan elakkan penggunaan alat yang menyebabkan bayi malas untuk meniarap dan merangkak seperti baby walker.

Friday, 18 April 2014

Suntikan Vaksin Untuk Anak



Meh kita share pasal imunisasi untuk anak. Motif imunisasi ni sebenarnya untuk membantu mencegah kebanyakan penyakit kritikal dan sekaligus untuk melindungi kanak-kanak.

Dalam negara kita ni, sebanyak 95% kanak-kanak disuntik dengan vaksin n hampir mustahil untuk dijangkiti virus ni. Tapi penyakit-penyakit ni dah mula tersebar tanpa disedari sejak pendatang asing semakin ramai dari sehari ke sehari.

Adalah satu yang membimbangkan kalau tak memberikan vaksin kepada anak sebab ia bukan shj bahaya untuk bayi tapi boleh mewujudkan kelompok-kelompok yang akan menjadi punca epidemik bagi jangkitan penyakit-penyakit tu...haaa..cam ngeri jer..cam ngeri jer

Apa tu vaksin? Vaksin mengandungi antigen, samada terdiri dari virus hidup, virus yang dilemahkan, virus atau bakteria yang tak lagi aktif akan menghasilkan antibodi melawan penyakit.

Yang ni penting ye..sangat penting..Untuk mengelakkan sesuatu yang tak diingini berlaku, sila pastikan anak-anak disuntik oleh doktor pakar kanak-kanak ye..bukannya disuntik oleh nurse atau doktor bukan pakar.

Haa..dah banyak membebel, jom kita share info pasal vaksin-vaksin nih:
  • BCG melindungi anak untuk melawan Tuberculosis (TB). Ia diberikan sejurus selepas lahir.
  • Hepatitis B sering terjadi di Asia, dan jangkitannya mungkin menyebabkan masalah hati seperti cirrhosis dan kanser.
  • DTP iaitu Diphtheria, Tetanus dan Pertussis (batuk kokol). Penyakit ini biasa berlaku dan ramai kanak-kanak mati disebabkannya.
  • Poliomyelitis menyebabkan kelumpuhan otot. Vaksin boleh diberikan samada melalui suntikan atau mulut.
  • Hib atau Haemophilus influenza type b, adalah bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kritikal di kalangan kanak-kanak, terutamanya meningitis, radang paru-paru (pneumonia) dan telinga (otitis media).
  • Measles (campak) adalah jangkitan serius yang boleh menyebabkan pneumonia dan kerosakan otak.
  • Mumps (beguk) boleh menyebabkan pembengkakan saluran air liur, nada suara dan kemandulan.
  • Rubella semasa mengandung boleh menyebabkan kerosakan serius kepada janin.
  • Pneumoccocal melindungi daripada bakteria Pneumoccocus yang boleh menyebabkan penyakit serius pada kanak-kanak, terutamanya meningitis, pneumonia dan telinga (otitis media). 
  • Rotavirus/Rotarix melindungi daripada kuman Rotavirus yang menyebabkan cirit-birit yang serius dan mengancam nyawa.
  • Influenza merupakan virus yang boleh menyebabkan simptom selesema yang serius sehingga menyebabkan pneumonia dan kematian. 
  • HPV atau Human Papillomavirus merupakan vaksin yang disarankan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita dari umur 9 hingga 26 tahun bagi mencegah kanser servik yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16 dan 18.

Pastu jom kita share pulak jadual imunisasi ni:

Umur
Vaksin
Kelahiran
BCG
1st Hepatitis B
1 Bulan
2nd Hepatitis B
2 – 3 Bulan
1st DTP & Polio & Hib
3 – 4 Bulan
2nd DTP & Polio & Hib
4 – 5 Bulan
3rd DTP & Polio & Hib
5 – 6 Bulan
3rd Hepatitis B
12 Bulan
Measles, Mumps, Rubella
15 Bulan
Chickenpox / Demam Campak (Pilihan)
18 – 24 Bulan
DTP & Polio & Hib booster
2 Tahun
1st Hepatitis A (Optional)
2 ½ - 3 Tahun
2nd Hepatitis A
6 - 7 Tahun
DTP & Polio booster
MMR booster
BCG (jika parut tidak kelihatan)
15 – 16 Tahun
(dan setiap 10 tahun berikutnya)
DTP booster
Vaksin Pilihan
2 Bulan hingga 9 Tahun
Pneumoccocal
2 – 6 Bulan
Rotavirus
6 Bulan ke atas
Influenza
9 Tahun ke atas
HPV
*Sumber : Buku rekod kesihatan SDMC

Uolls boleh visit blog Dr. Zubaidi untuk tahu maklumat lanjut pasal kajian n jaminan imunisasi dan vaksin ni.

Tuesday, 15 April 2014

Makanan Bayi 6 hingga 10 bulan


Anak korang dah start makan? Mesti seronot dan mencabar keimanan sungguh kan..heeee..Lepas bayi berumur 6 bulan, susu badan atau susu formula dah tak cukup dah untuk bagi khasiat untuk baby especially zat besi. Sebab tu makanan diperlukan. 

Baby suci tenit saya ni telah disarankan doktor untuk mula makan masa 4 bulan. Reason-dia dah tak nyenyak tito..hurmm..pastu sebab dia dah beyat cangat..sudah 8.5kg..adoiyaiii..suci suci...mula-mula memang reluctant nak bagi tapi doc suruh jugak sebab TIDOR adalah penting dalam proses tumbesaran baby..haa..itulah sebijik macam doc cakap.

Apa tandanya bayi dah bersedia untuk ambil makan pejal. Meh sini baca :

1. Kepala bayi tegak dan tak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak
2. Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa
3. Berat badan sekurang-kurangnya dua kali ganda dari berat semasa lahir
4. Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa
5. Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan banyak kali
6. Bayi anda mungkin mencapai makanan yang berada di hadapannya
7. Tidak pernah menolak dengan lidah atau meluahkan semula makanan yang disuapkan ke mulutnya
8. Boleh mengunyah dan menelan makanan yang dimakannya dengan baik
9. Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya


Ni carta makanan ikut kesesuaian umur baby

Makanan Suci masa 4 bulan 

Suci start diberi makan masa 4 bulan setengah. Mulanya saya bagi organic rice porridge + susu. Reason-nak biasakan dia dengan makanan ruji kita lah kononnya. Skema tak hahaha..Sukatan masa tu - 2 sudu besar. Time makan pulak cam ni:

Minggu pertama = dinner je
Minggu kedua    = bfast je
Minggu ketiga & seterusnya = bfast + dinner

Hehe..bukan senang nak bagi baby yang belum duduk ni makan taw... Tuhan je yg tahu...T__T... Tapi doc suruh baringkan je tapi make sure tegak dalam 45 darjah. Guna sudu yang lembut supaya mulut tak luka. Bubur pulak tak terlalu pekat n sedikit cair yew..camtulah kekdahnya

Organic baby rice brand Bellamy's

Makanan Suci masa 6 bulan

Bila dah masuk 6 bulan, barulah saya start bagi makanan yang lain macam bubur nasi, puri epal, puri pisang, puri avokado, puri pear, puri betik, puri sweet potato, puri squash butternut, puri brokoli, puri bayam, puri cauliflower, puri carrot, puri ayam. Semua makanan ni kena dicuba satu-satu selama 3-4 hari untuk kenalpasti alergik baby. Macam suci ni sembelit bila makan carrot n tumbuh ruam bila makan cauliflower n ayam. So saya stop kan dulu.

Bila dah confirm tak alergik, saya campurkan puri-puri tu seperti bubur nasi + puri epal, etc etc..Avocado saya campurkan ngan pisang. Sukatan beras - segenggam untuk 3x makan (bfast,lunch,dinner)

Masuk je 7 bulan, saya dah start bagi ikan bilis sebagai perasa. Ikan bilis tu direndam dan dibasuh bersih. Cuba dalam 3 ekor dulu sebagai permulaan (3 kali makan).

Makanan Suci masa 8 bulan

Start 8 bulan, memang banyak sangat Suci boleh makan. Sukatan beras - still segenggam sebab masa ni saya dah pelbagaikan resipi. Contohnya camni:

bubur nasi + labu + brokoli + bayam/sawi/kailan + ikan bilis (6 ekor utk 3 kali mkn)
bubur nasi + white potato + carrot + bayam/sawi/kailan + ikan bilis

Memandangkan dia alergik ikan, tofu n ayam, saya pening fikir pasal sumber protein dia..acaner tu?..hmm..maybe dah 10 bulan nanti saya akan cuba bagi semula. Harap-harap suci bertambah sihat dan cukup khasiat.

Ingat ye, garam dan gula tak bagus untuk buah pinggang baby bawah setahun. Lagipun, glukosa dan garam galian semulajadi boleh didapati di dalam makanan. Lastly, jom kita cuci mata ngan gambar kat bawah ni yew.

Bekalan makanan Suci utk seminggu.
Saya potong siap-siap & keep dlm fridge kecuali potato dan ikan bilis
Dari kiri: ikan bilis, labu, carrot, brokoli, potato & sawi
Bubur nasi yang dimasak malam selepas balik kerja
Bubur nasi + carrot + brokoli + ikan bilis
Yang dah siap di blend utk bfast + lunch Suci esok
Disimpan dlm fridge utk dipanaskan pagi esok kemudian letak dalam termos utk babysitter
Yang ni utk dinner esok
(saya bagi makan lepas balik kerja)

Monday, 14 April 2014

Balik Kampung Jenguk Dusun Dokong


Last weekend pegi jenguk dusun kat kampung besempena ngan musim dukong. Doyan n manggus dah abis. Tunggu tahun dopan pulak yo. 

Buah dukong ni ramai peminat n retail price pun boleh tahan gak harga nya. Kat dusun tu ada lebih kurang 80 pokok. Memang tak larat lah nak panjat semuanya. So ajak ler sedara mara untuk mengabihkannya. sharing is caring lah kekononnya.

Hari tu sempat lah ensik usben n adik panjat sampai dapat 2 bakul besar. Tapi gambar tak sempat nak snap. Haa jomlah kita nengok-nengok gambar-gambar ni.

Entrance ke dusun..jeng jeng jeng...
Pokok ni memang havoc buahnya
Yang ni pun boleh tahan juga lebatnya
Ni pun sama..kerengga tengah dok nunggu je kat atas tu..
ait?? ada tangan inter-frame lah
Inilah isi buah dokong (gambar ehsan google)
Ayah tengah busy me-renovate rumah lama arwah atuk punya kat sebelah dusun ni. Punyalah lama projek ni terbengkalai..akhirnya dilaksanakan jua setelah segala semangat dan dorongan diberikan..eceh..ayat best. Dorongan je key, nak renovate tak reti. Kang takut rumah tu jadi baju pulak. Plan asal ayah nak buat homestay tapi memandangkan kami takde tempat nak lepak, so niat tersebut dibatalkan serta merta tanpa kompromi hokeyy.

Yang berpagar tu pokok baru tanam..banyak jenis..tah pe x ingat
Sungai kecik untuk bebudak yang berani mandi sungai.
Mak dan bapak budak sila ketepi
Pokok petai yang disemai..nak tanam kat mana pon tataw

Friday, 11 April 2014

Kepentingan Vitamin C



Vitamin C atau Asid Arkobik sangat bermanfaat pada kesihatan tubuh badan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Betulkah begitu?

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak 5 kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan hidup masa kini menyebabkan Vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. 

Dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji buah oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet. Terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para sains telah menunjukkan Vitamin C pada dos yang lebih tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan.

Manfaat dan kebaikan Vitamin C :-

Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen amat penting dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Sebab itulah pengamalnya akan mendapati kulit lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C mempercepatkan penyembuhan luka bersalin

Menjaga saluran darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah penghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil Vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Membantu detoksifikasi (penyahtoksikan). Vitamin C berupaya mencamtumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan Vitamin C sebagai kawan baik kerana ianya dapat membersihkan darah dan mengelakkan kerosakan buah pinggang yang teruk.

Berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormon fungi imun). Menurut kajian, semakin kita stres, semakin banyak Vitamin C diperlukan. Stres boleh memusnahkan Vitamin C dan kekurangan Vitamin C menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Mencegah penyakit skurvi. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut, luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan Vitamin C.

Jelas sekali Vitamin C umpama gam yang melekatkan sel-sel dan kemudian menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit disarankan mengambil Vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


Vitamin C Shaklee

Thursday, 10 April 2014

Jangkitan Fungal Dalam Mulut Bayi **Oral Thrush**


Bulan lepas, baby Suci saya yang baru nak masuk 8 bulan tu kena jangkitan fungal di dalam mulut. Saya perasan bila dia mula demam, susah nak makan n minum. Then, saya tengok ada mende putih kat lelangit dia bila dia nangis..aduiyaii..sakit tuuu....patut le 2 minggu kebelakangan ni dia selalu buat muka macam 'pedih' n gosok-gosok muka bila saya suapkan makanan ke dalam mulut dia..Kesian anak mommy T__T

senyum walopun demam + thrush + batuk

Memang kesian sesangat. Setiapkali nak minum susu je, mesti batuk-batuk n nangis sekaligus. Kesian kesian kesian...

Bila doc check, ada fungal dalam mulut dia kat area pipi, bibir n lelangit. Fungal ni juga dikenali Oral Thrush. Doc bagi ubat cair kahak utk batuk + gel untuk sapu kat fungal. Yg bestnya, saya dapat tips baru. Doc suruh salutkan gel tu kat pacifier dia n sumbat masuk mulut..haaa...best best best..mmg berkesan...rasa gel tu pun sedap mcm rasa kulit limau..nyum nyum..So sekarang ni, tak sampai pun seminggu, fungal dia dah elok. Tapi batuk ada sikit lagi n sekarang still observe dia untuk sembuh.

haaa..nilah ubat gel tu

Banyak sebab fungal ni boleh terjadi. Satu sebabnya ialah belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri...haa..hormon ye puan-puan. Ibu yang sedang breastfeed dinasihatkan berhati-hati dengan antibiotik atau ubatan herba yang boleh dipindahkan melalui susu ibu.

Kat bawah ni ada beberapa tips daripada blog Dr. Zubaidi yang mudah diamalkan untuk mencegah jangkitan fungal ini. Meh kita baca meh..

1. memberikan air masak selepas menyusukan bayi. ini akan menanggalkan saki baki susu yang mungkin tertinggal di ruang mulut. saki baki ini akan memudahkan jangkitan fungal.
2. jika menyusukan anak secara breastfeeding, pastikan puting ibu dibersihkan dulu. puting yang lembab di dalam bra selalunya menyebabkan jangkitan fungal.
3. bersihkan puting botol susu dan pacifier di dalam air mendidih sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. dengan cara ini, jika ada kuman pada puting, bayi tidak terus menerus dijangkiti.
4. jika puting payudara merekah, jangan sapukan krim antibiotik tanpa nasihat doktor. bayi anda mungkin akan menyusu pada payudara tersebut tanpa disengajakan.
5. jika bayi sakit, pastikan antibiotik yang diberikan mengikut nasihat doktor. penggunaan antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan ini.
6. jika anda sendiri sakit dan breastfeeding, pastikan anda memberitahu doktor. ada sesetengah antibiotik boleh sampai ke bayi melalui susu ibu.
7. jika tidak pasti samaada anak anda mengalami jangkitan fungal atau hanya keputihan yang disebabkan oleh saki baki susu yang tertinggal, bawalah berjumpa doktor. jangan terus membeli ubat dari farmasi kerana kebanyakan yang menjaga kaunter farmasi hanyalah 'pembantu kedai' yang tiada pengetahuan perubatan.

Wednesday, 9 April 2014

Checklist Barang Keperluan Baby



Bila mula pregnant, memang excited sangat nak mula beli barang keperluan baby. Time ni dah tak fikir sangat dah pasal budget. Mana yang berkenan di hati, semuanya nak bedal. huhu..

Tapi kan, kita memang perlu buat perancangan untuk menetapkan budget nak beli barang baby ni sebab ditakuti nanti membazir. Tak baik membazir, membazir tu kan amalan syaitan..huuuu..Lagipun, akan banyak lagi perbelanjaan yang kena dikeluarkan selepas kelahiran baby tu nanti. Nak beli pampers lagi, baju baru lagi. Benda-benda ni semua akan berubah ikut tumbesaran dia.

Ho hokeyyy..bila masa yang sesuai nak mula beli barang baby ni? Dulu saya beli selepas dah tahu jantina baby iaitu bila kandungan dah 5 bulan. Bila Gynea bgtaw baby gurl ke, baby boy ke, time tu lah boleh start shopping! Jangan beli lambat-lambat taw sebab takut nanti tak larat. Biasanya otak kita bluuurrrr je time pregnant ni..heeeee

Haaa...ni saya nak share checklist barang baby yang saya refer.


CHECKLIST BARANG BABY
ITEM
SENARAI BARANG
KUANTITI
Pakaian Baby

1
Baju malam
7 psg
2
Baju siang (klu rompers je lg senang)
7 psg
3
Mitten & Booties
7 psg
4
Topi
2
5
Selimut/Bedung
3
6
Barut baby (anakku size s/m)
5
7
Lampin (anakku)
10
8
Diapers (s/nb)
1
9
Tuala
2
10
Tuala kecik (buat lap-lap mulut)
3
11
Bakul baby
1
12
Beg baby (ikut keperluan)
1
Keperluan Tidur 
1
Bantal biasa
1
2
Bantal lubang
1
3
Tilam/quilt
1
Penyusuan

1
Botol susu (prefer pigeon peristaltic)
1
2
Puting/pacifier (prefer avent)
1
3
Berus botol susu
1
4
Breastpump
1
5
Storage bottle

Penjagaan diri

1
Shower cream (Head to toe)
1
2
Lotion & bedak
1
3
Minyak Telon
1
4
Besen mandi
1
5
Bath mat
1
6
Cotsheet
1
7
Wipes
3
8
Nail clipper baby
1
9
Cotton buds baby
1
10
Detergent
1
11
Penyangkut bulat
1
Travel


1
Stroller
1
2
Baby car seat
1
3
Baby carrier/sling
1



Baby Suci saya ni mempunyai kulit yang sensitif. So, memang tak boleh guna langsung shower cream, lotion n bedak yang saya dah beli. Sekarang ni memang guna shower cream n lotion je yang dibagi oleh Doctor. 

Selain daripada baby, keperluan mommy juga sangat penting. Yang kat bawah ni checklist untuk barang mommy pulak. Checklist ni mengikut pengalaman saya dan boleh diguna pakai bagi yang bersalin di private hospital. Kalau di government, saya tak begitu pasti. Cuba check dengan orang yang berpengalaman.


CHECKLIST BARANG MOMMY
ITEM
SENARAI BARANG
KUANTITI
Pantang

1
Set Bersalin Shaklee
1 set
2
Stokin
5 psg
3
Pad (Heavy flow)
1 pack
4
Dispose/Washable Panties
5
5
Bengkung
1
Persediaan ke hospital (isi dlm beg awal2)
1
Hosp Kad

2
Wallet

3
Stokin
3
4
Towel
1
5
Baju sejuk
1
6
Baju + kain batik / dress (time discaj)
1 psg
7
Bra (time discaj)
1
8
Dispose/Washable Panties
5
9
Baju baby (time discaj)
1
10
Bedung baby (time discaj)
1
11
Slipper
1
12
Toiletries (Ubat gigi, berus gigi, syampu,


sabun, bedak, etc)
13
Hfon + charger



Harap-harap kedua checklist ni membantu anda untuk mencari barang baby dan barang berpantang = )