Friday 2 May 2014

Orang Kita Tak Bertimbangrasa?




Entri kali ni nak bincang sikit pasal sikap segelintir orang kita yang tak bertimbangrasa. ish ish ish lain macam je bunyinya. huhu. haaa jom kita terjah dan kita komen sikit untuk renungan bersama.

Kat shopping complex:

Tak beri laluan kepada wanita mengandung. Kalau boleh, nak sodok je mak buyong tu dengan troli. iskhh tak gentle langsung. Apa salahnya kalau berhenti jap beri laluan atau tolong bukakan pintu ke kan..bukan ambil masa sampai seminit pun.

Nak sumbat masuk juga ke dalam lif walaupun tak bawa troli / stroller. Lif dah bunyi alarm pun boleh buat tak tahu je. iskhh apa salahnya guna eskalator. Korang tahu tak bahawa stroller tu tak dibenarkan di eskalator?

Kat tempat awam lain:

Suka tak cakap 'tumpang lalu' atau 'excuse me' kalau nak lalu celah orang atau semasa nak keluar lif. Main sondol je. Mungkin dia rasa orang lain boleh dengar apa yang dia fikir kot. huishh..nujum pak belalang ni! hihi.. Apa salahnya kalau cakap, jangan malu tak bertempat taw. 

Isu yang ni popular sesangat. Buat tak tahu je dan tak bagi tempat duduk kepada wanita mengandung, orang tua dan orang sedang dukung anak dalam lrt, bas dan yang sewaktu dengannya. Cuba bayangkan kalau orang lain buat camtu kat bini, mak, anak atau wanita yang rapat dengan kita?

Kat jalanraya:

Saja je lajukan kereta bila nampak orang nak melintas. Cubalah berfikir guna otak sikit...yang melintas tu orang, bukan biawak. Kalau terlanggar karang, korang jugak yang menangis dalam lokap.

Saja lajukan kereta bila nampak ada kereta lain nak keluar simpang. Tak luak pun masa korang kalau bagi kereta tu jalan dulu.

Ini kepada sesetengah lelaki ye, bukan semua ye. Suka membuli pemandu wanita seperti tak bagi peluang untuk jalan atau 'cucuk2' belakang kereta. Tak patut taw wat camtu sebab bayangkan kalau wanita tu bini, mak, anak atau wanita yang rapat dengan kita?

Rasa-rasanya ini ajelah yang dapat saya kongsikan. 'Budi bahasa budaya kita' tu slogan yang popular kat negara ni, tapi yang peliknya orang kita sebaliknya. Kebanyakan kita hanya berbudi bahasa kepada foreigner sahaja tetapi bersikap tak bertimbang rasa kepada orang sendiri. Slogan tu mungkin bukan 'kenyataan' tetapi boleh dijadikan 'nasihat'.

Kepada semua, cubalah didik diri jadi orang yang bertimbang rasa dan berhati perut. Ingat, apa yang kita buat kepada orang lain, tuhan akan membalasnya suatu hari nanti seperti perumpamaan di bawah.

"what u give u get back"

"what turns around comes around"

Sama-sama kita renungkan ;-)

1 comment: