Friday 9 May 2014

Perkembangan Bayi Mengikut Bulan



Perkembangan bayi sangat penting untuk mommy & daddy. Ramai orang berasa risau kalau baby tak capai perkembangan yang sepatutnya. Refer kat pengalaman saya yang tak seberapa ni, baby saya berkembang mengikut jadual.. tak cepat dan tak lambat. Alhamdulillah... Jangan lupa dapatkan nasihat doktor pakar ye kalau baby tak ikut perkembangan yang sepatutnya.

Mari kita baca ringkasan pasal perkembangan seperti kat bawah ni:

Lingkungan 3 bulan 
  • Senyum kat orang
  • Mengangkat kepala
  • Menggumam dengan bersuara-suara
  • Melihat tangannya dengan penuh minat

Lingkungan 6 bulan 
  • Menegakkan kepalanya
  • Mampu duduk dengan sokongan
  • Mula meniarap
  • Memindahkan mainan dari tangan ke tangan yang lain
  • Berceloteh

Lingkungan 9 bulan
  • Cuba untuk berdiri
  • Merangkak
  • Melambai-lambaikan tangan
  • Mampu duduk tanpa sokongan

Lingkungan 12 bulan
  • Mula berjalan dengan sokongan atau berjalan sendiri
  • Bercakap sepatah dua kata
  • Mula mengambil/mengutip objek menggunakan ibu jari dan jari telunjuk
  • Menunjuk ke arah objek

Lingkungan 18 bulan
  • Berjalan dengan baik, mungkin sudah berlari
  • Mengetahui beberapa ayat
  • Menconteng/menulis dengan pen
  • Pandai melihat buku bergambar

Lingkungan 2 tahun
  • Meniru kerja-kerja harian kita
  • Mengenali bahagian-bahagian tubuh badan
  • Bercakap beberapa ungkapan
  • Berlari, melontar bola, mungkin melompat
  • Boleh menanggalkan baju sendiri

Lingkungan 3 tahun
  • Boleh menunggang basikal
  • Membuka dan menutup balang
  • Bercakap beberapa ayat
  • Bermain dengan kanak-kanak yang lain

Monday 5 May 2014

Batuk & Kahak Pada Bayi


Salah satu penyakit anak yang merisaukan ialah batuk, lagi-lagi kalau ada kahak. Sejak lahir, baby saya dah 2 kali ditahan wad sebab bronkitis iaitu pada umur 1 bulan dan 4 bulan. Sejak saya tukarkan susunya kepada susu kambing formula, alhamdulillah dah takde jangkitan. Susu lembu menyebabkan banyak lendir terkumpul. (saya tak dapat menyusu badan sebab masalah kesihatan). 

bronkitis ialah penyakit berkaitan pneunomia iaitu jangkitan kuman di paru-paru

Di hospital, doktor akan bagi beberapa ubat untuk baby. Tapi pastikan anak bawah setahun tak diberikan ANTIBIOTIK ye sebab bahaya. Biasanya doktor akan beri rawatan Nebulizer. Tujuannya untuk meregangkan paru-paru bagi cairkan kahak. 

Kali pertama suci ditahan wad, hospital tu ada buat teknik tepukan percussion untuk sedut kahak. Sampai menangis2 dibuatnya. Dekat seminggu duduk hospital. 

Kali kedua masuk ke hospital lain, teknik ni tak dipratikkan tapi doktor bagi ubat yang bagus untuk clear-kan kahak di dalam paru-paru baby secara natural. So, kat sini saya nak share ubat yang bagus untuk mengubati batuk dan kahak bayi sekaligus mencegah jangkitan.


respironics digunakan untuk flixotide & ventolin evohaler bagi menggantikan nebulizer
(penggunaannya hanya berkesan jika mengikut dos yang doktor sarankan)

saya akan beri rhinathiol jika TIDAK menggunakan respironics
(untuk cairkan kahak)

singular untuk clear-kan paru2 dan mencegah dari dijangkiti semula
(satu sachet setiap hari)

Anak-anak akan mudah dijangkiti jika ibubapa atau ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit resdung dan asma. Pengambilan susu lembu pula akan menambahkan lagi pembentukan lendir/mukus dikerongkong anak-anak. Kalau ada rezeki, susuilah bayi dengan susu ibu. Jika tidak, susu kambing formula juga bagus untuk bayi.

Akhir sekali, jangan lupa taw beri vaksin pneumococal untuk anda bermula 4 bulan ke atas. Info lanjut mengenai suntikan vaksin untuk anak, boleh klik disini.

Friday 2 May 2014

Orang Kita Tak Bertimbangrasa?




Entri kali ni nak bincang sikit pasal sikap segelintir orang kita yang tak bertimbangrasa. ish ish ish lain macam je bunyinya. huhu. haaa jom kita terjah dan kita komen sikit untuk renungan bersama.

Kat shopping complex:

Tak beri laluan kepada wanita mengandung. Kalau boleh, nak sodok je mak buyong tu dengan troli. iskhh tak gentle langsung. Apa salahnya kalau berhenti jap beri laluan atau tolong bukakan pintu ke kan..bukan ambil masa sampai seminit pun.

Nak sumbat masuk juga ke dalam lif walaupun tak bawa troli / stroller. Lif dah bunyi alarm pun boleh buat tak tahu je. iskhh apa salahnya guna eskalator. Korang tahu tak bahawa stroller tu tak dibenarkan di eskalator?

Kat tempat awam lain:

Suka tak cakap 'tumpang lalu' atau 'excuse me' kalau nak lalu celah orang atau semasa nak keluar lif. Main sondol je. Mungkin dia rasa orang lain boleh dengar apa yang dia fikir kot. huishh..nujum pak belalang ni! hihi.. Apa salahnya kalau cakap, jangan malu tak bertempat taw. 

Isu yang ni popular sesangat. Buat tak tahu je dan tak bagi tempat duduk kepada wanita mengandung, orang tua dan orang sedang dukung anak dalam lrt, bas dan yang sewaktu dengannya. Cuba bayangkan kalau orang lain buat camtu kat bini, mak, anak atau wanita yang rapat dengan kita?

Kat jalanraya:

Saja je lajukan kereta bila nampak orang nak melintas. Cubalah berfikir guna otak sikit...yang melintas tu orang, bukan biawak. Kalau terlanggar karang, korang jugak yang menangis dalam lokap.

Saja lajukan kereta bila nampak ada kereta lain nak keluar simpang. Tak luak pun masa korang kalau bagi kereta tu jalan dulu.

Ini kepada sesetengah lelaki ye, bukan semua ye. Suka membuli pemandu wanita seperti tak bagi peluang untuk jalan atau 'cucuk2' belakang kereta. Tak patut taw wat camtu sebab bayangkan kalau wanita tu bini, mak, anak atau wanita yang rapat dengan kita?

Rasa-rasanya ini ajelah yang dapat saya kongsikan. 'Budi bahasa budaya kita' tu slogan yang popular kat negara ni, tapi yang peliknya orang kita sebaliknya. Kebanyakan kita hanya berbudi bahasa kepada foreigner sahaja tetapi bersikap tak bertimbang rasa kepada orang sendiri. Slogan tu mungkin bukan 'kenyataan' tetapi boleh dijadikan 'nasihat'.

Kepada semua, cubalah didik diri jadi orang yang bertimbang rasa dan berhati perut. Ingat, apa yang kita buat kepada orang lain, tuhan akan membalasnya suatu hari nanti seperti perumpamaan di bawah.

"what u give u get back"

"what turns around comes around"

Sama-sama kita renungkan ;-)