Monday 5 May 2014

Batuk & Kahak Pada Bayi


Salah satu penyakit anak yang merisaukan ialah batuk, lagi-lagi kalau ada kahak. Sejak lahir, baby saya dah 2 kali ditahan wad sebab bronkitis iaitu pada umur 1 bulan dan 4 bulan. Sejak saya tukarkan susunya kepada susu kambing formula, alhamdulillah dah takde jangkitan. Susu lembu menyebabkan banyak lendir terkumpul. (saya tak dapat menyusu badan sebab masalah kesihatan). 

bronkitis ialah penyakit berkaitan pneunomia iaitu jangkitan kuman di paru-paru

Di hospital, doktor akan bagi beberapa ubat untuk baby. Tapi pastikan anak bawah setahun tak diberikan ANTIBIOTIK ye sebab bahaya. Biasanya doktor akan beri rawatan Nebulizer. Tujuannya untuk meregangkan paru-paru bagi cairkan kahak. 

Kali pertama suci ditahan wad, hospital tu ada buat teknik tepukan percussion untuk sedut kahak. Sampai menangis2 dibuatnya. Dekat seminggu duduk hospital. 

Kali kedua masuk ke hospital lain, teknik ni tak dipratikkan tapi doktor bagi ubat yang bagus untuk clear-kan kahak di dalam paru-paru baby secara natural. So, kat sini saya nak share ubat yang bagus untuk mengubati batuk dan kahak bayi sekaligus mencegah jangkitan.


respironics digunakan untuk flixotide & ventolin evohaler bagi menggantikan nebulizer
(penggunaannya hanya berkesan jika mengikut dos yang doktor sarankan)

saya akan beri rhinathiol jika TIDAK menggunakan respironics
(untuk cairkan kahak)

singular untuk clear-kan paru2 dan mencegah dari dijangkiti semula
(satu sachet setiap hari)

Anak-anak akan mudah dijangkiti jika ibubapa atau ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit resdung dan asma. Pengambilan susu lembu pula akan menambahkan lagi pembentukan lendir/mukus dikerongkong anak-anak. Kalau ada rezeki, susuilah bayi dengan susu ibu. Jika tidak, susu kambing formula juga bagus untuk bayi.

Akhir sekali, jangan lupa taw beri vaksin pneumococal untuk anda bermula 4 bulan ke atas. Info lanjut mengenai suntikan vaksin untuk anak, boleh klik disini.

No comments:

Post a Comment