Friday 25 April 2014

Makanan Semasa Berpantang **boleh dan tak boleh**


sup ikan haruan

Masa berpantang ni, memang banyak makanan yang tak boleh dimakan. Kata orang tua-tua, kalau sayangkan badan tu dan nak guna lama, jagalah pantang ye. cenggitu ler kekdahnya...

Kepada ibu yang menyusukan baby pula, kemungkinan besar terdapat beberapa makanan dan minuman yang kena pantang selama mana baby menyusu kerana dikhuatiri perut baby kembung ataupun gatal. Harap-harap info di bawah ni dapat dikongsi bersama ibu yang sedang berpantang. 

Berikut merupakan makanan dan minuman YANG BOLEH DIMAKAN semasa pantang :

Ayam & Daging
burung puyuh, burung merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam selasih, ayam kampung, daging batang pinang.

Ikan
haruan (sembuhkan luka), ikan yu (banyakkan susu ibu), ikan selar, ikan gelama, ikan jenahak, ikan merah, ikan tenggiri, ikan kurau, ikan bawal putih, ikan senangin, ikan bilis.

Ulam-ulaman
halia, serai, lengkuas, pucuk pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, lempuyang,
jantung pisang rebus (banyakkan susu ibu), daun atau ubi cekur, kunyit hidup (mengembalikan kecergasan dan menyembuhkan luka dalaman), daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun kesum, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas, daun ruku.

Sayur-sayuran
ubi kentang, peria (banyakkan susu, mudahkan buang air besar, bantu membersih & melancarkan peredaran darah), sawi, lobak merah, lobak putih (banyakkan susu)

Buah-buahan
anggur, kurma, oren sunkist (mencantikkan kulit dan luka jahitan), epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan cina

Lain-lain makanan
biskut, roti, nestum, quaker oat, cornflakes, masakan panggang, masakan rebus, masakan kukus, masakan bakar, masakan salai, asam jawa (memudahkan buang air besar dan menyegarkan badan), asam keping

Air
air suam, pati kunyit (kecutkan rahim dan cuci darah), jus pegaga (bersihkan darah), air halia, air kopi, air manjakani (mengering dan mengetatkan pangkal rahim), jus halia kurma (membuang angin dan menambah tenaga), air madu (panaskan badan)

Ini pula merupakan makanan dan minuman YANG TAK BOLEH DIMAKAN semasa pantang :

Ayam & Daging
ayam biasa (dikhuatiri gatal).

Ikan
ikan kering, ikan masin, ikan keli, ikan bawal hitam, ikan terubuk, ikan duri, ikan pari, ikan sembilang, ikan parang, ikan kembung, ikan tamban, ikan cencaru, ikan tongkol, makanan laut (udang,sotong,kerang).
**ikan berbisa jika dimakan oleh ibu berpantang boleh sebabkan turun darah & bentan** 

Sayur-sayuran
ubi kayu, ubi keladi, kangkung, petola, terung, cili, timun, tomato, brokoli, kobis, sederi, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, kacang botol, labu, rebung, jeruk maman, petai, jering.

Buah-buahan
nenas, limau, buah lai, tembikai susu, tembikai merah, tembikai cina, epal hijau, kiwi, buah pear, pisang, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, nangka, cempedak, sengkuang, manggis, macang, kuini, binjai.
**boleh mengakibatkan sakit tulang, sejuk otot serta lemah sendi**

Lain-lain makanan
tempe, burger, nugget, sosej, bihun, mee, kue teow, laksa, telur, masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang.

Air
air berais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda, air jus buah-buahan yang dilarang.

rheumatoid arthritis yang dikaitkan dengan sakit tulang, otot dan sendi

Betapa pentingnya menjaga makan masa pantang. Alaaa...tak lama pun. 40 hari jer. Yang penting, ibu hendaklah mendapat makanan yang mencukupi serta berkhasiat bagi mengelakkan berlakunya stress hingga boleh sebabkan meroyan.

Untuk memastikan badan si ibu mendapat nutrien yang secukupnya, maka Shaklee mengesyorkan ibu selepas bersalin mengambil Set bersalin/berpantang seperti di bawah :




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya melalui SMS / Whatsapp kepada 012 2519080 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

7 comments:

  1. Tapi kebanyakan org sekarang ni main belasah je makan apa , huhuhu .

    ReplyDelete
  2. kdg2 dorg ni x tahu n xde sape yang menasihat..so klu ade kgkawan or sedara mara yg baru lps bersalin tu, jgn lupe pesan2 kat dorg supaye jage pantang =)

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan mommy suci....banyak sungguh informasi dlm blog ni..tq ya..berkongsi maklumat....

    ReplyDelete
  4. Salam..tq for visit
    Saje share info n pengalaman =)

    ReplyDelete
  5. salam….bagus info utk org dlm pantang ni. tq berkunjung ke wind of change

    ReplyDelete
  6. baguuuuuiiiih nih info ni.......

    ReplyDelete
  7. iyerrr mommy dinul...
    nnti klu nk pantang lagi 1 kali, kasi surf saje ini blog yea

    ReplyDelete