Monday 21 April 2014

Merangkak Itu Penting Untuk Bayi



First of all, semua ibu bapa perlu tahu bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan yang penting bagi pembangunan fizikal dan intelek anak-anak. Allah telah mengatur sebaik-baiknya perkembangan seorang manusia daripada ia lahir, kemudian belajar berguling, belajar merangkak, duduk dengan sokongan, duduk tanpa sokongan, bertatih, berjalan dan terus berlari.

Dalam al-Quran surah al-infithaar ayat 7-8 Allah berfirman:
"Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang, menurut rupa yang dikehendaki-Nya. Dia menyusun tubuhmu."

Merangkak merupakan satu peringkat yang sangat penting dalam perkembangan motor kasar dan motor halus bayi. Sangat sangat penting. Jom kita share manfaat-manfaat merangkak ni :

  • Menguatkan otot-otot leher, tangan dan kaki.
  • Pergerakan yang berulang-ulang kali akan merangsang neuron dan membenarkan otak mengawal bahagian kognitif di mana ianya sangat bagus untuk penumpuan dan memori.
  • Ia akan melatih koordinasi mata seorang bayi itu di mana koordinasi mata sangat penting di masa hadapannya supaya dia mudah membaca dan menulis.
  • Dapat membangunkan penglihatan binokularnya kerana semasa merangkak seorang bayi akan melatih penglihatannya melihat jauh manakah jarak disekelilingnya.
  • Pergerakan kedua-dua kaki semasa merangkak akan menguatkan lagi otak kiri dan otak kanannya.

So, jangan SKIP merangkak! biarkan bayi teroka dunia mereka.

Hokey...apa kata kita kongsi pula pasal sebuah kajian yang telah dijalankan di Amerika. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, 75% daripadanya tak matang sistem STNR - Symmetric Tonic Neck Reflex.

Sistem STNR membantu keupayaan seseorang itu menggerakkan bahagian atas dan bawah badannya. Sistem ini biasanya akan matang di antara usia 9 hingga 12 bulan. Apabila seorang bayi itu dapat mengawal kepala, tangan dan kakinya dengan baik, maka STNR anak tersebut telah matang. STNR akan dapat dicapai dengan baik sekiranya tangan dan kaki bergerak secara bergilir-gilir selama 6 bulan.

Jika STNR tidak dicapai dengan baik maka perkara-perkara berikut akan berlaku kepada anak :

a. Koordinasi mata yang lemah.
b. Kelemahan dalam meniru sesuatu tugas atau kelakuan.
c. Kelemahan dalam meniru atau menulis semula apa yang dilihat di papan tulis apabila sudah masuk ke alam persekolahan.
d. Tidak dapat fokus dengan baik.

Jadi, jika kita mahukan anak kita menjadi manusia yang bijak dan sempurna dari segi mental dan fizikal, tolak semua rasa malas dan elakkan penggunaan alat yang menyebabkan bayi malas untuk meniarap dan merangkak seperti baby walker.

No comments:

Post a Comment