Tuesday 15 April 2014

Makanan Bayi 6 hingga 10 bulan


Anak korang dah start makan? Mesti seronot dan mencabar keimanan sungguh kan..heeee..Lepas bayi berumur 6 bulan, susu badan atau susu formula dah tak cukup dah untuk bagi khasiat untuk baby especially zat besi. Sebab tu makanan diperlukan. 

Baby suci tenit saya ni telah disarankan doktor untuk mula makan masa 4 bulan. Reason-dia dah tak nyenyak tito..hurmm..pastu sebab dia dah beyat cangat..sudah 8.5kg..adoiyaiii..suci suci...mula-mula memang reluctant nak bagi tapi doc suruh jugak sebab TIDOR adalah penting dalam proses tumbesaran baby..haa..itulah sebijik macam doc cakap.

Apa tandanya bayi dah bersedia untuk ambil makan pejal. Meh sini baca :

1. Kepala bayi tegak dan tak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak
2. Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa
3. Berat badan sekurang-kurangnya dua kali ganda dari berat semasa lahir
4. Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa
5. Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan banyak kali
6. Bayi anda mungkin mencapai makanan yang berada di hadapannya
7. Tidak pernah menolak dengan lidah atau meluahkan semula makanan yang disuapkan ke mulutnya
8. Boleh mengunyah dan menelan makanan yang dimakannya dengan baik
9. Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya


Ni carta makanan ikut kesesuaian umur baby

Makanan Suci masa 4 bulan 

Suci start diberi makan masa 4 bulan setengah. Mulanya saya bagi organic rice porridge + susu. Reason-nak biasakan dia dengan makanan ruji kita lah kononnya. Skema tak hahaha..Sukatan masa tu - 2 sudu besar. Time makan pulak cam ni:

Minggu pertama = dinner je
Minggu kedua    = bfast je
Minggu ketiga & seterusnya = bfast + dinner

Hehe..bukan senang nak bagi baby yang belum duduk ni makan taw... Tuhan je yg tahu...T__T... Tapi doc suruh baringkan je tapi make sure tegak dalam 45 darjah. Guna sudu yang lembut supaya mulut tak luka. Bubur pulak tak terlalu pekat n sedikit cair yew..camtulah kekdahnya

Organic baby rice brand Bellamy's

Makanan Suci masa 6 bulan

Bila dah masuk 6 bulan, barulah saya start bagi makanan yang lain macam bubur nasi, puri epal, puri pisang, puri avokado, puri pear, puri betik, puri sweet potato, puri squash butternut, puri brokoli, puri bayam, puri cauliflower, puri carrot, puri ayam. Semua makanan ni kena dicuba satu-satu selama 3-4 hari untuk kenalpasti alergik baby. Macam suci ni sembelit bila makan carrot n tumbuh ruam bila makan cauliflower n ayam. So saya stop kan dulu.

Bila dah confirm tak alergik, saya campurkan puri-puri tu seperti bubur nasi + puri epal, etc etc..Avocado saya campurkan ngan pisang. Sukatan beras - segenggam untuk 3x makan (bfast,lunch,dinner)

Masuk je 7 bulan, saya dah start bagi ikan bilis sebagai perasa. Ikan bilis tu direndam dan dibasuh bersih. Cuba dalam 3 ekor dulu sebagai permulaan (3 kali makan).

Makanan Suci masa 8 bulan

Start 8 bulan, memang banyak sangat Suci boleh makan. Sukatan beras - still segenggam sebab masa ni saya dah pelbagaikan resipi. Contohnya camni:

bubur nasi + labu + brokoli + bayam/sawi/kailan + ikan bilis (6 ekor utk 3 kali mkn)
bubur nasi + white potato + carrot + bayam/sawi/kailan + ikan bilis

Memandangkan dia alergik ikan, tofu n ayam, saya pening fikir pasal sumber protein dia..acaner tu?..hmm..maybe dah 10 bulan nanti saya akan cuba bagi semula. Harap-harap suci bertambah sihat dan cukup khasiat.

Ingat ye, garam dan gula tak bagus untuk buah pinggang baby bawah setahun. Lagipun, glukosa dan garam galian semulajadi boleh didapati di dalam makanan. Lastly, jom kita cuci mata ngan gambar kat bawah ni yew.

Bekalan makanan Suci utk seminggu.
Saya potong siap-siap & keep dlm fridge kecuali potato dan ikan bilis
Dari kiri: ikan bilis, labu, carrot, brokoli, potato & sawi
Bubur nasi yang dimasak malam selepas balik kerja
Bubur nasi + carrot + brokoli + ikan bilis
Yang dah siap di blend utk bfast + lunch Suci esok
Disimpan dlm fridge utk dipanaskan pagi esok kemudian letak dalam termos utk babysitter
Yang ni utk dinner esok
(saya bagi makan lepas balik kerja)

4 comments:

  1. skg ni dh masak pagi2 plk mommy dinul. dh xpayah panas2kan. tpi penatlah skit sbb kna bgn awai..huhu

    ReplyDelete
  2. wah! seronoknya. Baby sy dh nmpk tanda2 nk mkn. nk tny, organic baby rice tu bli kt mana ye?Time kasih, for sharing. jemput singgah blog kita ye sakinahms.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Yang itu beli di cold storage:)

    ReplyDelete