Wednesday 23 April 2014

Cara Melegakan Selesema Bayi


Sepanjang 9 bulan ni, banyak kali jugak baby saya kena selesema. Kebanyakannya berjangkit dari orang lain. Saya memang panik dan fobia kalau baby kena selesema, lagi-lagi kalau di sertai dengan batuk. Sebabnya ia selalu dikaitkan dengan bronkitis, meningitis, pneumonia dan yang sewaktu dengannya.

Sejak dari tu, saya telah belajar banyak cara untuk legakan selesema anak ni. Semuanya naturally sebab doc paedi Suci memang tak sarankan penggunaan ubat yang ada drugs. Its dangerous for baby. Setiap kali check up, doc akan bekalkan nasal spray sterimar baby untuk mencegah selesema. Seelok-eloknya spray setiap hari supaya rongga hidung baby tu clear jer. Memang bagus n berkesan. Harganya RM24 sahaja.


sterimar baby

Bila dah spray sterimar ni, memang akan ada hingus yang keluar dan kami akan menggunakan pigeon nasal cleaner untuk sedutnya keluar. Alat ni penting dan berguna untuk baby. Harganya dalam RM16 sahaja. Kalau emergency, kami akan sedut guna mulut je. huhuhu


pigeon nose cleaner

Ada juga beberapa tips lain yang saya praktik untuk legakan selesema baby ni. Saya akan sapukan minyak kelapa dara ke seluruh kepala dia supaya dapat mengeluarkan panas dalam. Pastu saya akan sapukan minyak yuyee kat ibu jari kaki dia setiap kali selepas mandi dan setiap kali dia terjaga tengah malam. So far alhamdulillah..berkesan. 

Walaupun berbagai tips dan petua yang boleh digunakan, tetapi jangan biarkan baby dijangkiti selesema dalam tempoh yang lama. Seelok-eloknya, bawalah anak berjumpa doktor sebab kita tak tahu tahap jangkitan di dalam badan dia.

3 comments:

  1. Slm kenal...

    Teringat masa ank akak masa kecil..risau gt klau dia selsema..malam mesti merengek sbb x selesa...

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Aah..memang risau sgt..setiap kali baby merengek tgh mlm, saya akan sapukan minyak yuyee kat ibu jari dia. pstu dia boleh tido semule. Sye pun buat cmtu kat diri sendiri..huhu =)

    ReplyDelete
  3. betul...kalau baby seme ke sakit ke mmg tak senang duduk kita sebagai maknya kan...

    ReplyDelete